Aku Lelaki Biasa

Aku tak pernah meminta seribu janji, seribu kasih...tapi aku cuma hanya inginkan cinta yang tulus biarlah kerana Allah...
Tapi mengapa aku mesti menerima kelukaan yang sangat menusuk hati...Huh!..Ya Allah kuatkan aku dengan kehidupan diakhir zaman ini..
Wahai wanita fahamilah, lelaki yang ada didepan kalian bukan semuanya seperti yang kamu sangkakan..Hanya lelaki yang mencintai Tuhannya akan mengasihi kamu seperti bidadari yang indah dimasjid yang telah dibinanya..Lelaki hanya insan biasa dan manusia biasa yang tak lepas dari kesilapan..
Bukan dipinta sesuatu khilaf terjadi..jangan kerana kesakitan yang pernah dialami kerana lelaki dan kamu terus menyakiti lelaki yang tidak berdosa..Seorang lelaki adalah pelindung kamu didunia mahupun disyurga..mereka adalh ciptaan Allah iaitu adam dan dari rusuk kiri merekalah wanita diciptakan..
Namun sekarang..hati insan yang bernama lelaki hanya permainan bagi seorang wanita..mungkin kerana dunia akhir zaman atau mungkin wanita benci akan apa yang dilakukan oleh lelaki..
But please stop..! for negative thinking..
Percayalah, jika kamu menghormati lelaki itu..menyayanginya seperti mana kamu mampu menyayangi..insyaallah lelaki itulah yang terbaik akan kamu miliki..
Tapi aku sering dilukai...mengapa wahai wanita???.. berdosakah aku pada kalian??
mampukah aku memiliki apa yang aku inginkan didunia ini...
seringkali aku memberi kasih sayang semanis madu mengapa hempedu pahit yang dibalas pada aku...
Hati aku sering merintih keseorang..bila kesetiaan itu kekal, mengapa kecurang yang ada disetiap liku-liku percintaan..
Mungkin bukan kebahagiaan aku didunia, tapi mungkin disyurga yang abadi...
Andai bisa aku memilikinya sebelum nafas ku terhenti, seolah kedukaan dihati akan lenyap dengan cinta yang hadir kerana Allah...
ya Allah,
Berikanlah aku kekuatan sepertimana Kau berikan pada Rasulullah..
Jauhkan aku dari kedukaan yang meranjau dalam hidup ku ini..
Bangkitkan aku seperti mana kau bangkitkan semangat pahlawan terdahulu..
Tuluskan hatiku seperti hati Nabi Muhammad..
Aku hanya insan yang lemah, yang tidak berdaya...
Seluruh hidup hanya ku serah padaMu..
Lenakan aku dalam cinta hakikiMu..
amin ya rabbal al amin..

No comments:

Post a Comment