UntukMu Wanita...

Insan bernama wanita adalah satu anugerah dari Allah s.w.t yg tidak ternilai...Hadirnya didunia membawa keindahan yang amat indah untuk menghiasi dunia dan syurgawi..Allah mengerti bahawa Adam sunyi tanpa pasangannya..maka Allah ciptakan Hawa dari tulang rusuk kiri Adam..maka terjalinlah satu ikatan mulia..dan kehadiran Hawa dalam hidup Adam sungguh membahagiakan Adam..Oleh itu, wanita sangat istimewa dihati insan bernama suami..
Wahai wanita..percayalah..kelembutan yang ada padamu bukan satu kelemahan bahkan jua bukan penghinaan dari Allah bahkan..satu perhiasan terindah untukmu..
Sesungguhnya..dirimu adalah yang paling indah tiada taranya..mengertilah wanita..tiada seindahnya pelangi jika kamu mengotorinya dengan keseronokan dunia semata-mata..peliharalah keindahan yang ada itu dengan air sesuci wuduk dan amal seindah solatmu..tiada yang mustahill dan mungkin didunia ini melainkan kamu yang mengubahnya menjadi tulus..
Allah s.w.t menyayangimu..kerana itulah syurga yang abadi menantimu hanya kerana 5 yang perlu kamu jalani...begitu mudahnya dirimu menjadi penghuni syurga...Dengarlah wahai wanita, kau digelar sebagai penyeri dunia..hadirmu sebagai pelengkap hidup didunia..
Kau tabah menempuh hidup walau ranjaunya berduri..kekuatan yg ada pada dirimu adalah satu kekuatan sumaiyah yang lahir azali lagi..sungguh istimewa dirimu wahai wanita..
Hadirnya engkau dalam hidup lelaki..membawa seri dan kebahagiaan yang tidak mungkin dapat dikecapi tanpa dirimu...
Ya Allah, istimewanya kurniaan mu ini pada kami..(lelaki)..hadirnya begitu indah, telus dan suci kepada kami..
Kasih sayang yang hadir darinya amat tulus dan suci..kerana kau ya Allah..
Begitunya sumaiyyah korbankan dirinya dijalanMu, begitulah seorang wanita yang bergelar ibu..Tabahnya mereka memberikan kesempurnaannya kepada kami..tiada tandingnya..
Wahai wanita...Kau sungguh Mulia..sungguh indah dengan wajahmu yang berseri..kau sungguh hebat dengan kelembutanmu...
Percayalah..syurga abadi sentiasa terbuka untukmu.. Kau penawar hati seseorang suami...

Wanita~
Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

No comments:

Post a Comment