KISAH AKU...

Sebelum aku memulakan perjalanan cerita tentang aku..benda paling utama didahulukan adalah kalimah Allah...
Bissmillahirahmanirahim...

Aku bukan sesiapa pun dimuka bumi ni..aku hanya khalifah yang Allah hidupkan didunia ni..9 bulan bondaku mengandungkan aku tanpa kenal erti penat.. bayangkan masa bonda korg mengandungkan korg..seumpama membawa batu bata..mesti tak pernah korang lalui, bagi lelaki memang takkan rasa semua tu, tapi perempuan pasti akan mengalaminya..
Aku mewartakan kisah ini bukan untuk saja-saja atau suka-suka...tapi langkah perjalanan aku sebagai hamba atas muka bumi ni..Korang pun mesti banyak cerita yang korang ada dan kenangan indah mahupun pahit..
Aku bukan seorang penulis atau seorang blogger yang terkanal..aku cuma seorang pelajar yang hanya tahu bila nak habisnya study ni???...belajar memang banyak dugaan..memang banyak kalau korang nak tau..tapi bukan nak meruntuhkan semangat korang..just nak bagitahu apa korang dapat dari pengalaman itu akan membawa kamu kepada hidup yang sempurna..okey..taknak panjangkn celoteh yang tah ape2 nih...

Nama aku Nik Saiffuddin Erman atau panggil aku saif or member2 suka panggil apek, mungkin kerana aku ada berdarah cina iaitu mak aku..hahahaha...kalau orang yang kenal aku tahu aku punya perangai macam mane..tapi bagi yang tak kenal aku tu, jangan cakap aku sombong erkk...aku okey je...memang orang tak percaya seorang pelajar medic boleh mengarang cerita or kata2 yang indah..tak semua orang tak boleh jadi seperti pendeta2 bahasa..walaupun bahasa aku ni kurang, tapi aku cuba yang lebih baik..tidak mustahil kita tidak boleh buat..yang penting apa kita karangkan adalah lahir dari lubuk hati nurani kita sendiri..
Aku berasal dari selangor, dulunya aku seorang yang nakal..suka usik-usik orang terutamanya mak cik-mak cik..tapi paling best lagi orang kuat melatah..hahaha..korang tahukan gelagat diaorang..walaupun aku senakal itu tapi tak semestinya aku tidak boleh menjadi manusia berguna..dalam nakal-nakal aku pun aku tak abaikan pelajaran..sebab aku tahu, family aku bukan orang senang..tapi alhamdulillah ayah dan mak begitu cekal dengan telatah anak diaorang..
Aku bersyukur ada family yang faham aku..ada family yang taat pada Allah..Alhamdulillah...ya Allah...
Detik peristiwa hitam yang pernah menimpa aku sampai sekarang tak dapat aku lupakan..sampai aku mati sekalipun..
Apabila aku ingat balik..airmata aku pasti menitis..tah aku tak tahu kenapa..bukan perempuan yang boleh menangis je tau!..lelaki pun boleh menangis..hahaha..
Peristiwa yang berlaku 4 tahun lepas..
Masa tu aku baru balek dari Ireland..cuti semester ada gak yang tak balik sebab nak melancong negara eropah..tapi bagi aku family lebih perlukan aku..mesti mereka rindukan aku..apa lagi aku rindukan pelukan mak ayah..selama aku bercuti memang aku selalu keluar rumah jumpa kawan-kawan lama..darah muda katakan..hahaha..2 minggu lepas tu..aku join member pergi bercuti dalam malaysia..tak jauh kat pulau pangkor je pun..
Memamg best dapat pergi bercuti..apa lagi dengan member..hahaha... tapi aku tak sedar akan keseronokan yang kita ada itu ada hikmah yang akan berlaku..selepas kitaorang balik dari bercuti..dalam masa 3 hari balik rumah..aku dapat 1 panggilan telefon dari kawan ajak keluar pergi main bowling..so, apalagi bagi aku kaki bowling..aku join la..before keluar rumah aku salam mak aku dan peluk dia seerat-eratnya..aku rasa ganjil jer hari tu..tapi aku tak layan la feel cam gitu..
Sampai Time Square main bowling kat Ampang Bowling..main punya main sampai tak ingat waktu solat..memang aku lalai dengan keseronokan dunia..sampai pukul 9.30 malam kitaorang pun bla...pergi makan plak kat BB ( bukit bintang )...
Aku tak sedar, aku dah lupakan Tuhan yang memberi aku hidup kat dunia ni...semua kerana keseronokan yang betul-betul melalaikan aku..main bowling tu boleh tapi jangan abaikan kewajipan sebagai seorang Islam..
So, lepas makan kitaorang pun bla..masing2 balik rumah..aku drive kereta seorang balik rumah guna laluan ampang.. aku taktahu pada masa tu, aku boleh terlajak jalan..jalan yang aku bawak sebenarnya bukan jalan..aku terbabas..kereta aku pandu berguling..masa tu aku tawakal je..kalau aku mati, apa nasib aku nanti kat sana..aku betul2 takut..lepas tu, aku tak sedar apa2 lagi..aku rasa aku jauh dari jasad aku..Allah je tahu apa aku alami masa tu..
Aku dibawa ke hospital Ampang..( cerita mak aku ).. aku langsung tak sedar..kecederaan aku alami begitu parah..mak ayah aku pasrah andai aku pergi dulu sebelum mereka..aku disahkan koma..aku taktahu apa jadi pada aku masa tu..berat sangat nak bangun..aku dengar mak nangis, aku dengar ayah membacakan yassin..aku dengar kakak tenangkan mak..aku nak bangun tapi aku tak mampu..dalam hati aku masa itu, " mak ayah..tlg saif..saif xnak brpisah dgn mak.." aku menangis..mak cakap airmata aku mengalir di alur pipi aku..aku betol2 nak bangun masa tu..aku hanya mampu menanti sesuatu yang Allah bagi aku peluang kedua untuk hidup..aku janji dengan hidup aku takkan lalai lagi..
Kuasa Allah kita tak tahu, 3 bulan aku koma..aku dapat sedar balek..seolah aku kat dunia baru..hahaha..Syukur pada Allah bagi aku peluang ke2..Kesan dari itu, aku bertulangkan besi ditangan, apabila aku penat otak aku akan cepat letih dan hidung akan berdarah..sampai bila2 aku akan jadi macam ni..
Aku harap..korang takkan lalai akan dunia..semuanya palsu semata-mata..
Allah sayangkan kita semua, apabila kita lalai..inilah yang membuatkan kita sedar..yang kita hidup bukan dengan sendirinya tapi Allah menciptakannya..
Untuk pengetahuan korang, hidup ini hanya sementara bukan selama2nya..amal yang kita dapat masa hidup ini adalah bekalan kita untuk disana nanti..jadilah manusia sebaik manusia..insyaallah...

No comments:

Post a Comment