Cinta Yang Ikhlas

Assalamualaikum penghulur kata pagi yang indah...syukur pada Allah memberi sy kesempatan untuk mewartakan lagi nukilan hati seindah pelangi...

Bissmillahirahmanirahim..sebagai pembuka kata paling indah.. semoga Allah memberkati wahai sekalian manusia...junjungan terima kasih kepada yang sudi membaca blog hamba Allah yang seberapa ini...
Alhamdulillah..pagi ni sy d kejutkan dengan 1 berita yang sangat mengembirakan 2 hati...moga apa yang d sampaikan mendapat berkah dari Allah s.w.t...
Allah telah menciptakan kita lelaki dan perempuan...dimana Allah menciptakn Hawa dari tulang rusuk Nabi Adam...maka terjalin la ikatan yang tidak mungkin dapat dinafikan...Sekian maklum, bukan harta menjanjikan kebahagian, bukan harta dapat kita memiliki hati seorang insan tapi adalah keihklasan dan cinta kita padanya kerana Allah...biarlah cinta itu kepada Allah, kerana pilihan yang terbaik adalah dari golongan yang melabuhkan cintanya pada Allah..
Insan yang bergelar kekasih bukan sahaja kekasih pada pasangannya malah pada Allah...cinta Allah yang kita perlu dambakan sebelum cinta antara manusia....Cinta manusia mempunyai pelbagai versi dan gayanya...bila dikatakan..jawapan pasti..dunia akhir zaman....
Cinta manusia memang ada batasnya...tapi manusia tidak sedar akan batas yang ada...biarlah cinta itu berdasarkan syariat...orang lain bercinta jugak..tapi takdalah take over sgt kan??..tapi pelik..manusia sekarang boleh mendapatkan cintanya dengan harta yang dia miliki...mungkin orang skrg ni nak cepat kaya kot??...Beringatlah harta kekayaan itu bukannya kekal....peliharalah cinta dengan kasih sayang yang ikhlas dan restu dari orang tua kita..bahkan redha dari Allah...insyaallah kebahagiaan yang sejati akan dapat diperolehi kerana cinta berlapiskan restu dan redha pasti akan kekal sampai bila2x....
Ingatlah wahai teman, bercinta bukan sebagai lesen untuk kita membuat apa saja pada pasangan kita...perkahwinan bukan lesen untuk kita membuat hati pasangan kita bersedih..perkahwinan merupakan 1 ibadah yang suci dan mulia di sisi Allah...Membina masjid yang suci dengan badai keikhlasan dan restu...
Alangkah indahnya kita mendapat cinta yang betul2x tulus, bukan senang untuk kita perolehinya...malah d calarkan cinta yang ada dengan noda...sekian maklum, orang bercinta sekarang umpama orang dah berkahwin, pegang sana, pegang sini..apa yang kita dapat dari membuat benda mcm tu?..sepatutnya jagalah batas2x yang ada..kalau nak sangat..perkahwinan ada tapi bukan untuk saja2x atau sebagai permainan..maklumlah ramai orang sekarang kahwin kontrak..mana letaknya cinta yang ikhlas pada mereka?..cinta adalah anugerah terindah untuk kita didunia ni, seolah kita mencorak kain itu..seperti kita baru lahir jugak..mak ayah mencorak kita agar cinta kepada Allah...
Alangkah indahnya hidup ini andai bisa mengerti akan ertinya cinta anugerah Allah..
Tiada kata seindah bahasa dan tiada tara cinta Allah paling sempurna....hanya sampai disini nukilah hati seindah pelangi yang dapat kita kongsikan bersama...beramal la sebelum terlambat...dan ingatlah cinta yang ikhlas paling suci...sekian,



Nukilan Ikhlas,
Nik Saiff

2 comments:

  1. Assalamua'laikum...
    Terima kasih atas perkongsian saudara...
    Salam ukhwah...=)

    ReplyDelete
  2. assalammualaikum.... sye fika....
    byk sye bce tentang blog awk...
    alhamdulilah... bertambah ilmu...

    ReplyDelete