Hatiku...

Assalamualaikum..apa pun setiap kata yang perlu diungkapakan sebelum memulakan sesuatu:
Bissmillahirahmanirahim...


Sekian lama saya tidak mengutuskan nukilan -  nukilan yang ada, sememangnya ada tapi waktu tidak mengizinkan untuk saya menceritakan setiap apa yang terjadi, pada petang yang indah dengan pokok - pokok yang menghijau seindah alam.. Subhanallah.. indah ciptaan yang maha esa..

Begitu jua indahnya apa yang diciptakan untuk ku..
Perasaan yang pelbagai versi ada, ketenangan hati dan segala -galanya..
Selama ini saya tidak pernah meminta untuk dihargai dan dikasihi.. tapi kasih Allah tetap ada untuk hambanya..
Begitu kasihnya Allah pada hidup hambanya, Allah telah memberikan satu kebahagiaan yang begitu diredhainya..
Ini kerana cinta ku pada dirinya adalah kerana Allah...
Dia menerima ku seadanya tanpa membuka kata alasan dan kata - kata yang mengatakan kekurangku..
Bersyukur hadirnya dia dalam hidupku.. Semestinya akan ku suburkan putik - putik cinta ini dengan syariah yang membataskan cinta sebelum ikatan yang suci..
Akan aku hargai setiap peluang yang ada untuk menyayanginya.. Menghargainya setiap waktu tika ada disetiap waktu ku..
Namun hasrat ku ingin menjadikan dia suri dalam masjid indah ku akan aku serahkan segalanya pada ketentuan yang Maha Esa.. Aku sebagai insan yang lemah hanya mampu berdoa agar Tuhan mendengar akan cinta kami..
Sesungguhnya aku begitu mengasihinya, sememangnya cinta insan adalah lumrah kehidupan sejak azali lagi.. seperti Nabi Adam mencintai Hawa..
Aku hanya seorang manusia biasa memerlukan  seorang insan sebagai pasangan ku dengan izinNya dan restu orang tua ku..
Tiada kata seindah bahasa untuk aku ungkapkan kata cinta padanya, hanya terima kasih dan bersedia mencintainya dengan seikhlas hati..
Setiap salahku diperbetulkan, setiap lalai ku diingatkan.. begitu indahnya insan yang Allah ciptakan untuk ku ini.. 
Aku harap dan berdoa agar cinta dan kasih ini akan kekal sehingga penghujung waktu.. Aku berharap agar cinta in bersatu dengan ikatan yang suci di sisi Allah..
Terima Kasih Sayang kerana menyayangi diri ini, kau sungguh istimewa yang hadir dalam hidup ku..
Bersabarlah menempuh setiap dugaan dan ujian yang mendatang, cekalkanlah hatimu dengan iman mu..
Kerana kau telah bertahta di hati seorang lelaki...
Hadirmu menyempurnakan setiap kelemahan yang ada, kerana....
Kau yang terindah,

~ MIMI HAMYZAH ~


Nukilah hati, 
Nik Saiff

No comments:

Post a Comment